Sunday, April 4, 2010

dunia baru..

wah semakin lama semakin canggih dengan teknologi sekarang ini.. lagi2 sekarang meletup mengenai facebook bagi sesiapa yang penggemar berkwan didalam alam maya.. download torrent or ares bagi sesiapa yang suka mendownload cerita kesukaan mereka.. itu belum dikira dengan teknologi handphone lagi... dan macam2 lagi..

sebenarnya apa yang aku tulis di atas semua berkaitan dengan aku.. hahaha.. "cakap orang tapi diri sendiri yang buat".. hehhee.. bukan apa.. semua itu adalah kemudahan untuk kita sebagai manusia yang hidup di zaman modern.. jadi tak salah kalau kita memiliki hobi2 tersebut.. asalkan kita pandai menggunakan dengan cara yang betul..

setiap perkara yang kita buat pasti ada baik dan buruk..
setiap perkara yang perfect pasti ada yang tidak...
samalah macam manusia.. ada yang baik dan juga ada yang kurang baik..
senang cerita positif mesti ada negatif..

so renung2kan.. semua di tangan kita..
jadi berubah lah selagi mana kita masih ada peluang..
untuk menjadi orang yang hebat.. mesti lalui dengan semua cara...
:)

apa yang harus aku buat?

dari 22/03/10 sampai sekarang kedatanganku ke medan ini penuh dengan tanda tanya dan menghabiskan waktu aku dengan sia-sia.. semua urusan di uni aku masih belum selesai.. mengapa harus begini??mengapa ini semua terjadi?? aku bingung... aku bosan.. jikalau setiap hari semua akan aku lakukan benda yang sama.. rutin tidak berubah..

oh my god (allah) please help me..

tolong tunjukkan aku jalan ya allah..
tabahkan diriku ya allah..
berkatilah hidup aku ya allah...
sesungguhnya kau maha mendengar lagi maha mengetahui...
bimbinglah aku..

Wednesday, January 6, 2010

selamat tahun baru...

mungkin tidak terlambat sekira yang curhat ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua yang membaca blog ini... semoga apa yang kita impikan, azam dan hasrat akan tercapai pada tahun ini (insyaallah).. yang penting sekali adalah keazaman kita dan kesungguhan kita untuk mencapai apa yang kita hajati...

kalau dulu kita seorang yang tinggal dan lupa pada allah swt, sekarang perlulah kita mengingatinya kembali..
kalau dulu kita seorang yang suka berfoya-foya, sekarang kita lupakan berfoya-foya itu...
kalau dulu kita seorang yang kedekut, sekarang kita seorang yang suka bersedekah...

oleh itu..
marilah kita bersama-sama membuat perubahan pada diri kita kerana setiap tahun baru sudah semestinya umur kita pun makin meningkat...


kesabaran...

pada 22/11/09
adalah hari yang paling gembira buat aku.. kerana tarikh aku di lahirkan sebagai manusia.. pendek kata birthday aku laa.. hehehee.. tapi bukan kerana untuk memberitahu pada para pembaca bahawa 22/11 adalah hari jadi aku.. tetapi ingin berkongsi pada semua mengenai hobi atau aktiviti baru aku.. hobi baru aku adalah "memancing"... mungkin ada pembaca blog yang sudah lama menjadikan memancing sebagai hobi mereka..

pada mulanya aku tidak ingin mencuba hobi ini.. tetapi setelah dipaksa oleh abang ipar dan ayah aku.. aku pun terasa ingin mencuba hobi baru ini.. apabila telah sampai di destinasi.. aku lihat ramai juga manusia yang mempunyai hobi seperti ini.. lalu pun terdetik di dalam fikiranku "malulah aku nk memancing".. kerana aku lihat semua yang memancing macam mempunyai pengalaman yang lama berbanding aku.. hampir 45 minit aku terdiam dan memerhati gelagat pemancing yang lain sedangkan ayah dan abang ipar aku sudah lama mula memancing.. jadi.. aku mengeluarkan sifat pemalu yang ada pada diri aku.. aku pun mula mengambil joran dan mula memancing.. pada mulanya memang kelakar kerana buat pertama kalinya aku mula membaling joran dengan cara yang salah.. hahaha.. :)

tapi tidak menjadi masalah bagiku.. jadi aku cuba pada kali yang kedua.. kali ini memang ok.. setelah dapat tunjuka ajar dari abang ipar aku.. dan tibalah masa yang agak membosanlah kerana aku menunggu dan mencuba beberapa banyak kali ikan masih tak dapat-dapat inilah yang membuat pemancing akan menjadi tension dan frusted kalau lama menunggu.. jadi.. kesimpulannya adalah 'kesabaran'.. memang benar orang cakap kalau nak memancing perlulah ada sifat yang sabar... kerana kita diuji dengan ujian yang banyak..
contohnya :
  • ikan tak dapat-dapat
  • tali putus
  • mata kail tersangkut
  • umpan ikan dapat curi
  • dan macam-macam..
so kalau kita yang pun seorang yang penyabar.. haruslah menjadi seorang yang benar2 sabar.. memancing juga dapat mengajar kita bagaimana untuk menjadi seorang penyabar dan selain itu juga kalau kita manfaat masa kita, ketika kita menunggu ikan.. kita boleh berzikir dan juga melihat ciptaan yang diciptakan oleh Allah swt.. itu yang akan menjadi bonus pada kita... secara tidak lansung kita mendekatkan diri kita pada ilahi...