Sunday, April 4, 2010

dunia baru..

wah semakin lama semakin canggih dengan teknologi sekarang ini.. lagi2 sekarang meletup mengenai facebook bagi sesiapa yang penggemar berkwan didalam alam maya.. download torrent or ares bagi sesiapa yang suka mendownload cerita kesukaan mereka.. itu belum dikira dengan teknologi handphone lagi... dan macam2 lagi..

sebenarnya apa yang aku tulis di atas semua berkaitan dengan aku.. hahaha.. "cakap orang tapi diri sendiri yang buat".. hehhee.. bukan apa.. semua itu adalah kemudahan untuk kita sebagai manusia yang hidup di zaman modern.. jadi tak salah kalau kita memiliki hobi2 tersebut.. asalkan kita pandai menggunakan dengan cara yang betul..

setiap perkara yang kita buat pasti ada baik dan buruk..
setiap perkara yang perfect pasti ada yang tidak...
samalah macam manusia.. ada yang baik dan juga ada yang kurang baik..
senang cerita positif mesti ada negatif..

so renung2kan.. semua di tangan kita..
jadi berubah lah selagi mana kita masih ada peluang..
untuk menjadi orang yang hebat.. mesti lalui dengan semua cara...
:)

apa yang harus aku buat?

dari 22/03/10 sampai sekarang kedatanganku ke medan ini penuh dengan tanda tanya dan menghabiskan waktu aku dengan sia-sia.. semua urusan di uni aku masih belum selesai.. mengapa harus begini??mengapa ini semua terjadi?? aku bingung... aku bosan.. jikalau setiap hari semua akan aku lakukan benda yang sama.. rutin tidak berubah..

oh my god (allah) please help me..

tolong tunjukkan aku jalan ya allah..
tabahkan diriku ya allah..
berkatilah hidup aku ya allah...
sesungguhnya kau maha mendengar lagi maha mengetahui...
bimbinglah aku..

Wednesday, January 6, 2010

selamat tahun baru...

mungkin tidak terlambat sekira yang curhat ingin mengucapkan selamat tahun baru 2010 kepada semua yang membaca blog ini... semoga apa yang kita impikan, azam dan hasrat akan tercapai pada tahun ini (insyaallah).. yang penting sekali adalah keazaman kita dan kesungguhan kita untuk mencapai apa yang kita hajati...

kalau dulu kita seorang yang tinggal dan lupa pada allah swt, sekarang perlulah kita mengingatinya kembali..
kalau dulu kita seorang yang suka berfoya-foya, sekarang kita lupakan berfoya-foya itu...
kalau dulu kita seorang yang kedekut, sekarang kita seorang yang suka bersedekah...

oleh itu..
marilah kita bersama-sama membuat perubahan pada diri kita kerana setiap tahun baru sudah semestinya umur kita pun makin meningkat...


kesabaran...

pada 22/11/09
adalah hari yang paling gembira buat aku.. kerana tarikh aku di lahirkan sebagai manusia.. pendek kata birthday aku laa.. hehehee.. tapi bukan kerana untuk memberitahu pada para pembaca bahawa 22/11 adalah hari jadi aku.. tetapi ingin berkongsi pada semua mengenai hobi atau aktiviti baru aku.. hobi baru aku adalah "memancing"... mungkin ada pembaca blog yang sudah lama menjadikan memancing sebagai hobi mereka..

pada mulanya aku tidak ingin mencuba hobi ini.. tetapi setelah dipaksa oleh abang ipar dan ayah aku.. aku pun terasa ingin mencuba hobi baru ini.. apabila telah sampai di destinasi.. aku lihat ramai juga manusia yang mempunyai hobi seperti ini.. lalu pun terdetik di dalam fikiranku "malulah aku nk memancing".. kerana aku lihat semua yang memancing macam mempunyai pengalaman yang lama berbanding aku.. hampir 45 minit aku terdiam dan memerhati gelagat pemancing yang lain sedangkan ayah dan abang ipar aku sudah lama mula memancing.. jadi.. aku mengeluarkan sifat pemalu yang ada pada diri aku.. aku pun mula mengambil joran dan mula memancing.. pada mulanya memang kelakar kerana buat pertama kalinya aku mula membaling joran dengan cara yang salah.. hahaha.. :)

tapi tidak menjadi masalah bagiku.. jadi aku cuba pada kali yang kedua.. kali ini memang ok.. setelah dapat tunjuka ajar dari abang ipar aku.. dan tibalah masa yang agak membosanlah kerana aku menunggu dan mencuba beberapa banyak kali ikan masih tak dapat-dapat inilah yang membuat pemancing akan menjadi tension dan frusted kalau lama menunggu.. jadi.. kesimpulannya adalah 'kesabaran'.. memang benar orang cakap kalau nak memancing perlulah ada sifat yang sabar... kerana kita diuji dengan ujian yang banyak..
contohnya :
  • ikan tak dapat-dapat
  • tali putus
  • mata kail tersangkut
  • umpan ikan dapat curi
  • dan macam-macam..
so kalau kita yang pun seorang yang penyabar.. haruslah menjadi seorang yang benar2 sabar.. memancing juga dapat mengajar kita bagaimana untuk menjadi seorang penyabar dan selain itu juga kalau kita manfaat masa kita, ketika kita menunggu ikan.. kita boleh berzikir dan juga melihat ciptaan yang diciptakan oleh Allah swt.. itu yang akan menjadi bonus pada kita... secara tidak lansung kita mendekatkan diri kita pada ilahi...



Sunday, November 8, 2009

stress?!@#T_T

stress..
hohoho...
ini bab memang sensitif sekali tetapi agak menarik kalau saya menulis tentang stress ini..
agak tipulah kalau kita tidak pernah mengalaminya..
kalau pekerja pasti pernah merasa stress dengan kerja yang diberikan oleh majikan atau orang atasan..
kalau si suami pasti akan merasa stress dengan si isteri,anak-anak dan tanggungjawabnya pada keluarga..
kalau ibubapa pula stress dengan akhlak atau kelakuan anak-anak..
kalau yang bercinta pula.. aduh lagi banyak kot rintangan yang mungkin mereka hadapi..
jadi..
kita perlu hadapinya dengan bersabar..
kerana apa yang berlaku itu pasti ada cara penyelesaian dan ini juga boleh di kategorikan sebagai lumrah hidup kita..
dan janganlah kalau ada sesuatu yang mengalami pada diri kita..jangan kita salahkan pada takdir..kerana kadang-kadang sesuatu yang terjadi mungkin akan mendekatkan diri kita pada-Nya..
kita juga jangan menghadapi sesuatu itu dengan diluar jangkaan kita atau tanpa kawalan diri..
contoh:
kita ambil contoh yang paling mudah iaitu bercinta...
kalau awek atau kekasih kita buat hal.. lalu kita marah-marah dan menjadi baran lalu tendang pintu atau dinding..
dan setelah angin yang ada itu reda.. ternyata kaki atau anggota badan kita yang sakit.. itu adalah tindakan diluar kawalan..
dan kita telah membiarkan sifat itu yang menguasai diri kita.. bukan kita menguasainya.. seharusnya kita yang mengawal dan menguasai diri kita.. bukan perangai atau sifat itu...
tetapi adakah dengan cara itu dapat menyelesaiakan masalah kita?? tidak bukan?? cuma memudharatkan kita saja..
mungkin ramai yang akan mengatakan.. "alah biasalah tuh.. orang tengah tension/stress.."
itu semua salah..
jalan penyelesaiannya adalah kita berfikir balik.. apa penyebab atau punca perkara itu berlaku.. dan carilah jalan penyelesaian dengan sebaik-baiknya..
kan senang kalau begitu.. tapi mungkin akan beranggapan kalau tak kena pasti tak akan tahu apa yang dirasai..
memang benar.. itulah yang curhat cuba ungkapkan dan itulah tujuan yang curhat..
yang curhat hanyalah sekadar dapat membantu dan berkongsi apa yang terjadi di sekitar kita sekarang.. :)
jadi.. janganlah kita stress lagi.. anggap la semuanya mudah "take it easy"
dan bagi yang muslim.. banyakkan berzikir dan berdoa pada allah s.w.t itu yang paling utama dan apabila kita meningati-Nya pasti diri akan menjadi tenang dan senang.. insyaallah ;)

yangcurhat,
23.11pm WIB 07/11/09 saturday


penuntut ilmu..

penuntut ilmu..
menjadi pelajar atau mahasiswa memang membosankan bagi seorang penuntut ilmu..
ketika menuntut ilmu pasti banyak gangguan atau bayangan yang bermain di dalam fikiran kita..
mula-mula..
"bilalah nak habis nak habis kelas ni??" ini bagi pelajar yang sudah bosan atau mengantuk pada mata kuliah yang tidak diminati...
"nak beli kereta dan rumah mewah" ini bagi pelajar yang terlalu memikirkan masa hadapan tetapi tidak menitik beratkan pelajarannya..
"tak sabar lah nak kerja dan kahwin" ini bagi pelajar yang hampir tamat kuliah atau pendek kata nak CONVO..
itu lah angan-angan atau impian yang sering bermain ketika kita sedang menuntut ilmu..
tetapi ingat.. ketika saat kita menjadi seorang penuntut banyak yang kita pelajari..
dan dari situ lah kita kenali ramai kawan..
dan disitu jugalah kita dapat mematangkan diri kita kerana terdapat banyak rintangan yang kita hadapi..
oleh itu wahai pembaca sekalian..
kalau anda masih menuntut ilmu janganlah bosan atau putus asa dengan kehidupan kita sebagai penuntut ilmu..
apabila kita sudah meninggalkan alam ini.. pasti kita akan merindui zaman-zaman itu dan inginkan dia kembali lagi dalam kehidupan kita..
dengan ilmu juga akan menentukan kita di masa hadapan..
maka penuntut ilmu itu terbahagi pada 3 golongan..
1) orang yang menuntut ilmu untuk dijadikannya sebagai bekal untuk hari kebangkitan, dan dia tidak meniatkan selain untuk allah s.w.t dan bekalan di hari akhirat...
2) orang yang menuntut ilmu untuk dijadikannya sebagai untuk harinya didunia sahaja dan mendapat kehormatan, kedudukan dan harta..
3) orang yang menuntut ilmu dengan dikuasai oleh syaitan dengan menjadikan ilmunya sebagai memperbanyakkan hartanya dan menyombongkan dirinya pada orang bawahannya..
maka jadilah sebagai penuntut ilmu yang nombor satu..
kerana dengan itu kita akan terselamat di dunia dan akhirat..
kalau kita memilih golongan nombor dua atau tiga itu akan merugikan kita..
kita lihat sekarang ramai orang yang kaya-raya atau orang yang berpangkat tinggi banyak yang tersalah menggunakan kuasa yang ada pada mereka..
itu mungkin salah satu faktor ketika mereka menjadi penuntut mereka sudah berniat untuk menjadi golongan nombor dua atau tiga..
maka..
perbetulkanlah niat kita ketika menuntut ilmu..
kerana dengan niat itu kita boleh membinasakan diri, keluarga dan orang disekeliling kita..

yangcurhat,
22.30pm WIB 07/11/2009 saturday

hidup..

hidup??
kadangkala kita sebagai manusia sering lupa akan kewajiban kita hidup di muka bumi ini..
saya sendiri pun lupa dan alpa apa yang seharusnya saya lakukan sebagai insan atau manusia akan hidup ini..
jadi di kesempatan ini saya ingin bersama-sama dengan para pembaca blog ini, agar kita ingat kembali apa yang kita harus lakukan dan tujuan sebenar kita hidup di muka bumi..
dengan itu kita sama-sama memperbetulkan balik niat atau capai kembali apa tujuan kita hidup agar impian dan cita-cita akan terlaksana..
contohnya :
kalau mahu menjadi orang yang berjaya, maka carilah jalan untuk mencapai cita-cita tersebut..
kalau mahu menjadi orang yang berjaya pada di dunia dan akhirat, maka carilah jalan supaya diri kita akan dirahmati dan diberkati oleh allah s.w.t..
kalau mahu menjadi mahasiswa yang cemerlang, maka lakukan yang terbaik apabila ujian yang akan menjelma..
jadi itulah contoh-contoh yang sering kita atau manusia lupa dan impikan..
sekian saja dari yang curhat untuk ruangan kali ini dan saya harap pada para pembaca agar menyedari apa tujuan hidup kita di muka bumi ini..

yangcurhat,
21.55pm WIB 07/11/2009 saturday