Sunday, November 8, 2009

penuntut ilmu..

penuntut ilmu..
menjadi pelajar atau mahasiswa memang membosankan bagi seorang penuntut ilmu..
ketika menuntut ilmu pasti banyak gangguan atau bayangan yang bermain di dalam fikiran kita..
mula-mula..
"bilalah nak habis nak habis kelas ni??" ini bagi pelajar yang sudah bosan atau mengantuk pada mata kuliah yang tidak diminati...
"nak beli kereta dan rumah mewah" ini bagi pelajar yang terlalu memikirkan masa hadapan tetapi tidak menitik beratkan pelajarannya..
"tak sabar lah nak kerja dan kahwin" ini bagi pelajar yang hampir tamat kuliah atau pendek kata nak CONVO..
itu lah angan-angan atau impian yang sering bermain ketika kita sedang menuntut ilmu..
tetapi ingat.. ketika saat kita menjadi seorang penuntut banyak yang kita pelajari..
dan dari situ lah kita kenali ramai kawan..
dan disitu jugalah kita dapat mematangkan diri kita kerana terdapat banyak rintangan yang kita hadapi..
oleh itu wahai pembaca sekalian..
kalau anda masih menuntut ilmu janganlah bosan atau putus asa dengan kehidupan kita sebagai penuntut ilmu..
apabila kita sudah meninggalkan alam ini.. pasti kita akan merindui zaman-zaman itu dan inginkan dia kembali lagi dalam kehidupan kita..
dengan ilmu juga akan menentukan kita di masa hadapan..
maka penuntut ilmu itu terbahagi pada 3 golongan..
1) orang yang menuntut ilmu untuk dijadikannya sebagai bekal untuk hari kebangkitan, dan dia tidak meniatkan selain untuk allah s.w.t dan bekalan di hari akhirat...
2) orang yang menuntut ilmu untuk dijadikannya sebagai untuk harinya didunia sahaja dan mendapat kehormatan, kedudukan dan harta..
3) orang yang menuntut ilmu dengan dikuasai oleh syaitan dengan menjadikan ilmunya sebagai memperbanyakkan hartanya dan menyombongkan dirinya pada orang bawahannya..
maka jadilah sebagai penuntut ilmu yang nombor satu..
kerana dengan itu kita akan terselamat di dunia dan akhirat..
kalau kita memilih golongan nombor dua atau tiga itu akan merugikan kita..
kita lihat sekarang ramai orang yang kaya-raya atau orang yang berpangkat tinggi banyak yang tersalah menggunakan kuasa yang ada pada mereka..
itu mungkin salah satu faktor ketika mereka menjadi penuntut mereka sudah berniat untuk menjadi golongan nombor dua atau tiga..
maka..
perbetulkanlah niat kita ketika menuntut ilmu..
kerana dengan niat itu kita boleh membinasakan diri, keluarga dan orang disekeliling kita..

yangcurhat,
22.30pm WIB 07/11/2009 saturday

1 comment:

  1. pergh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
    syabas beb...
    alhamdulilah...
    penulisan makin mantop...

    ReplyDelete