Tuesday, October 27, 2009

yang pertama...

Saat aku sedang melepak di cafe yang terkemuka di kota medan ini... aku terlintas pada diriku untuk cuba menulis.. ini lah yang cuba ku buat perubahan pada diriku buat pertama kalinya.. aku yang dulu hanya membaca komik, menonton movie n drama tidak pernah terlintas dalam fikiran ku untuk membuat sesuatu yang berfaedah dalam diriku dan kehidupan ku ini.. lalu aku ingin mencuba sesuatu yang baru.. iaitu.. "menulis" inilah yang sering guru n sahabat ku pesan pada ku.. "cubalah menulis..." tetapi hati aku ini tidak terbuka ruang untuk menggerakkan dalam fikiran ku supaya menulis.. jadi.. hari ini.. telah terbuka pintu hati aku.. untuk cuba menulis dan ini merupakan satu pengalaman dan hari bersejarah bagi ku.. mungkin juga disini, dapat aku meluahkan isi hati aku atau berkongsi pengalaman kepada para pembaca.. dan ini juga dapat membuat aku makin ingin menulis dan terus menulis serta tingkatkan lagi penulisan aku.. kerana aku sedar aku insan yang lemah dan tidak mahir untuk menulis.. sebelum aku mengakhirkan kata-kata aku ini.. aku ingin berkongsi dengan para pembaca kenapa aku meletakkan nama blog aku ini "yang curhat".. yang curhat adalah asal dari bahasa indonesia.. yang bermaksud "yang meluahkan rasa hati".. curhat adalah dari singkatan "curahan hati".. jadi itu lah yang membuat aku memilih nama itu.. kerana sesuai untuk disini aku dengan pembaca sekalian untuk berkongsi pengalaman atau masalah dengan aku.. sekian wassalam.. :)